Ribuan Warga Yaman Tunjuk Solidariti Dengan Palestin

WhatsApp Image 2023-02-25 at 6.27.18 PM

Satu protes besar-besaran diadakan di Sanaa, ibu kota Yaman semalam, mengutuk tindakan negara haram Istael mengebom Gaza, sejurus selepas operasi di Nablus, Tebing Barat yang mengorbankan 11 nyawa.

Zionis membeli alasan biasa memerangi kumpulan Jihad Islami di Gaza untuk bertindak ganas di wilayah itu.

Yaman secara konsisten menunjukkan kesediaan setiap masa untuk menyatakan sikap tegas dalam isu Palestin.

Negara yang dilanda perang sejak lapan tahun lalu menampakkan kekuatan sebagai sebuah masyarakat Islam apabila pantas memprotes kekejaman Zionis walaupun berdepan kehidupan yang mencabar.

Leave a comment