Revolusi 26 September: Masa Saudi sokong Syiah di Yaman

WhatsApp Image 2023-09-27 at 17.20.242

Kurang dua minggu selepas Houthi menunjukkan kekuatan ketenteraan dengan perarakan di Sanaa, kumpulan kerajaan yang terpinggir di Yaman membalas dengan mengadakan perarakan mereka pula di Marib.

Perarakan itu sebahagian majlis besar-besaran memperingati “Revolusi 26 September,” tarikh pihak republikan merampas kuasa daripada penerintah Syiah Zaidiyah di Sanaa.

Episod ini memulakan perang saudara di utara Yaman, wilayah yang akhirnya wujud sebagai republik Yaman Utara, menamatkan warisan pemerintahan Imam Yahya di Yaman sebelah utara.

Sambutan yang diadakan kali ini, secara jelas disambut dengan menyampaikan mesej kepada Houthi, yang mewarisi ideologi Syiah Zaidiyah yang sama dengan penerintahan Imam Yahya.

Kejayaan Houthi merampas kuasa dan menubuhkan kerajaan di Sanaa, dan kejayaan terbaru melibatkan rundingan dengan Arab Saudi, telah menimbulkan kebimbangan terhadap agenda mereka mewujudkan semula pemerintahan imam Zaidiyah yang ditamatkan dalam Revolusi 26 September.

Dalam sambutan Revolusi 26 September tahun ini, mesej jelas disuarakan oleh pihak penentang Houthi yang mereka mahu Yaman kekal bersatu dan sebagai sebuah republik.

Kemaraan Houthi pada masa kini dan disokong oleh Iran menyebabkan kebimbangan penubuhan semula kepimpinan imam berideologi Syiah Zaidiyah yang dipegang Houthi.

Rundingan dan kerjasama agak baik antara Arab Saudi dengan Houthi kebelakangan ini turut mencetuskan kembali kenangan perang saudara tahun 1960-an itu, apabila Saudi menjadi penyokong utama pemerintahan imam Syiah Zaidiyah menentang kelompok republikan.

Saudi pada masa itu menentang gelombang republikan yang diketuai oleh Jamal Abdel Nasser di Mesir, yang melanda seluruh dunia Arab dan disokong juga oleh Kesatuan Soviet.

Maka, ideologi negara Syiah dipegang oleh kerajaan warisan Imam Yahya itu bukan penentu bagi sikap Saudi, tetapi persamaan pemerintahan monarki dan perkongsian kepentingan melawan gelombang republikan yang mengikat mereka.

Leave a comment