Menjelang Aidiladha, Mata Wang Yaman Terus Menjunam

Nilai mata yang Yaman terus menjunam ke nilai terendah dalam sejarah, memburukkan lagi keadaan negara dilanda perang itu.

Minggu lalu, di Aden, ibu negara dikawal kerajaan, nilai dolar Amerika Syarikat didagangkan lebih 1,000 riyal, tertinggi sejak perang bermula pada 2014.

Nilai riyal merosot sebanyak 6 peratus di sebelah selatan sejak tiga minggu lalu.

Walau bagaimanapun, di Sanaa yang dikuasai Houthi, kumpulan itu yang berkuasa di sana sejak hujung 2014 mengekalkan sebuah lagi bank pusat, yang bersaing dengan bank kerajaan diiktiraf di Aden.

Di kawasan dikuasai Houthi, mata wang negara itu didagangkan 600 riyal untuk 1 dolar.

Kawasan dikuasai Houthi meliputi Sanaa, kawasan pantai barat hingga ke utara, yang merupakan kubu kuat Houthi.

kita

Houthi mendapat sokongan Iran, manakala kerajaan diiktiraf di Aden disokong Arab Saudi, walaupun pada masa sama pemisah Selatan disokong Emiriyah Arab Bersatu berpengaruh di Aden dan kawasan selatan.

Dilaporkan sumber di bank pusat di Aden berkata kerajaan telah memulakan langkah untuk mengukuhkan riyal, bagi mengekang kemarahan ramai.

Antara tindakan diambil pihak bank pusat ialah bekerjasama dengan pihak polis untuk mengekang kegiatan manipulasi mata wang.

Kemerosotan nilai riyal ini menambahkan lagi beban dihadapi rakyat yang sudah tertekan dengan peningkatan kos hidup seharian, ditambah pula dengan suasana menjelang Aidiladha kini.

Salah satu punca kemerosotan nilai mata wang Yaman ialah kewujudan dua bank pusat, yang menyebabkan dasar kewangan yang selaras tidak dapat digubal.

Pada masa yang sama, perang antara kerajaan diiktiraf dengan Houthi masih berlangsung di Marib, wilayah terakhir di sebelah selatan yang dikawal kerajaan.

Menurut pakar, apa yang diperlukan sekarang ialah dasar kewangan yang tunggal.

Houthi didakwa menggunakan langkah artifisial untuk memastikan kadar yang kukuh, dengan mengawal permintaan.

Apa yang berlaku kini ialah Houthi mengukuhkan kedudukannya dan bank pusat di Sanaa yang bersaing dengan bank pusat di Aden ialah satu cara Houthi melemahkan kerajaan pimpinan Presiden Abdrabouh Mansour Hadi.

Ini bermakna Houthi semakin bebas dan mampu berfungsi sebagai sebuah negara, walaupun tanpa wilayah selatan yang masih di bawah kawalan kerajaan.

Pada masa yang sama, untuk menangani masalah dihadapi ekoran kemerosotan ekonomi, bank pusat di Aden telah mula mencetak not mata wang baharu.

Wang baharu ini digunakan untuk mengimbangi defisit kerajaan dan membayar gaji kakitangan awam.

Di sebelah utara, mata wang baharu ini tidak diterima, dan hanya mata wang lama digunakan dalam transaksi ekonomi.

Ini akan mendatangkan masalah tidak lama nanti, kerana not kertas ini semakin lama dan lusuh.

Selain langkah termasuk meningkatkan kadar faedah sebanyak dua kali ganda dan menetapkan peraturan agar penukar mata wang asing tidak melebihi kadar ditentukan, kerajaan Aden juga mengharapkan Arab Saudi akan membantu bagi mengelakkan ekonomi Yaman runtuh.

Leave a comment